BUKIT MERTAJAM: Berselindung di sebalik perniagaan bengkel kereta, namun sindiket pengedaran dadah jenis ganja yang bergiat aktif sekitar daerah Seberang Prai Tengah (SPT) tumpas apabila enam suspek termasuk pasangan suami isteri ditahan polis pada Isnin lalu.
Suspek berusia antara 31 dan 56 tahun ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT).
Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, semua suspek yang ditahan itu dipercayai pembekal dan pembeli dadah.
Susulan itu juga, polis merampas ganja mampat yang dibungkus secara eksklusif serta aset sindiket terbabit bernilai hampir RM100,000.
Menurut Cheng San, tiga suspek pertama yang merupakan mekanik bersama pekerjanya dan seorang pelanggan dadah ditahan dalam serbuan jam 8.30 malam di sebuah bengkel kereta dekat sini.
"Susulan serbuan pertama, polis merampas ketulan ganja mampat seberat 6,350 gram bernilai RM15,875.
"Turut dirampas, selaras senapang buatan sendiri beserta 15 butir peluru," katanya pada sidang media di IPD SPT, dekat sini, hari ini.
Susulan penangkapan tiga suspek pertama, polis membuat serbuan di sebuah pangsapuri di Permatang Pauh jam 9.30 malam dan menahan seorang lelaki serta merampas ketulan ganja mampat seberat 244.7 gram bernilai RM611.92.
Menurut Cheng San, hasil maklumat dari suspek yang ditahan, polis membuat serbuan ketiga di sebuah rumah di Kubang Semang pada keesokan hari dan menahan sepasang suami isteri.
"Ujian ke atas suspek lelaki didapati positif dadah THC dan polis turut merampas dua ketulan ganja mampat seberat 1,045.68 gram bernilai RM2,614.
"Turut dirampas, satu plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki heroin seberat tujuh gram bernilai RM245.
"Semua dadah yang dirampas mampu digunakan oleh 15,280 penagih," katanya.
Selain dadah, polis turut menyita dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Proton Wira, tiga buah motosikal jenis Honda ADV, Yamaha NVX dan Yamaha N-Max serta wang tunai RM11,400.
Empat daripada enam suspek yang ditahan didapati positif dadah THC dan mereka dikesan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak awal tahun ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan selain boleh dihukum dengan 15 sebatan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 15 2022

Cheng San (tengah) pada sidang media di IPD SPT, dekat sini, hari ini. - Foto Astro AWANI

Piala Perancis: Marseille tunjukan PSG jalan keluar
Tanpa Mbappe yang cedera, PSG bergelut sepanjang 90 minit perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Pasangan suami isteri anggota sindiket edar ganja diberkas polis
Sindiket pengedaran dadah jenis ganja yang bergiat aktif sekitar daerah Seberang Prai Tengah (SPT) tumpas apabila enam suspek termasuk pasangan suami isteri ditahan polis.