awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri ditahan disyaki tikam warga emas

Bernama
Bernama
26/11/2022
05:34 MYT
Pasangan suami isteri ditahan disyaki tikam warga emas
Mohd Zaid berkata, kedua-dua individu itu ditahan di sekitar Hospital Serdang dan Kuala Lumpur kira-kira 1.30 pagi bagi membantu siasatan. - Facebokk Polis Selangor
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-dua individu berusia 51 dan 45 tahun itu, ditahan di sekitar Hospital Serdang dan Kuala Lumpur kira-kira 1.30 pagi bagi membantu siasatan.
Beliau berkata tangkapan dibuat, selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang semalam, berhubung seorang lelaki berusia 71 tahun yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan paha akibat ditikam.
"Mangsa dibawa oleh rakannya yang juga isteri suspek ke hospital dan sempat memberitahu dia diserang serta ditikam di kawasan pasar raya Bandar Tun Hussien Onn, Kajang.
"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius akibat tikaman di paru-paru kanan dan kesan tikaman benda tajam di peha dan bahu kanan. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 11.05 malam semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaid berkata siasatan mendapati, lelaki yang ditahan itu marah apabila menemukan isterinya dan mangsa berada dalam satu kereta di tempat kejadian, sebelum bertindak mencederakan mangsa.
Beliau berkata pihaknya turut merampas kenderaan milik mangsa, empat telefon bimbit, pakaian suspek yang mempunyai kesan darah dan resit pembelian senjata pisau bagi membantu siasatan.
Mohd Zaid berkata kedua-dua individu yang ditahan kini direman tujuh hari sehingga 2 Dis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri ditahan
#tikam
#polis
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan