SHAH ALAM: Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Jalan Banting- Dengkil awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi itu, motosikal ditunggangi pasangan muda yang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke arah Banting dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar papan tanda amaran di bahu kiri jalan.
"Penunggang motosikal iaitu lelaki berumur 21 tahun manakala pembonceng perempuan berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan merempuh papan tanda di bahu jalan di Jalan Banting - Dengkil pada Ahad. - Foto Sinar Harian

ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.

Skandal LCS: Kerajaan wajar pertimbang teruskan kontrak BNS dengan bersyarat - JKSTUPKK
JKSTUPKK mengesyorkan agar kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kontrak BNS untuk membekal LCS dengan bersyarat.
![AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983081/thumbnails/21298420541660741732160_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri; 1. Perkembangan terbaharu Skandal LCS dedah arahan Zahid 2. Jawatankuasa dapati tadbir urus Kementerian Pertahanan lemah 3. Hishamuddin sedia didakwa jika terbabit skandal LCS

GiatMara dapat permintaan tinggi terutama daripada lepasan SPM
GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.

Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih RM 1 juta membangunkan makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Penunggang p-hailing disyaratkan untuk miliki lesen memandu GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL).

Empat beranak maut kemalangan: Pemandu treler ditahan
Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan untuk siasatan atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.

Lelaki maut tercampak, kereta terbakar
Akibat daripada kemalangan itu, mangsa tercampak di atas jalan menyebabkan kecederaan parah di kepala.

Pindaan terbaharu Akta 333 APJ akan dibentang tidak lama lagi - Wee
Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Lelaki lari dari pemeriksaan polis diberkas
Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan bersama dadah jenis heroin dan syabu yang ditemui dalam kenderaan jenis Proton Satria dipandunya.

Guna nombor plat 'fancy' boleh didenda, penjara
Nombor pendaftaran kenderaan hendaklah dipamer mengikut saiz dibenarkan serta tidak menggunakan nombor pendaftaran yang boleh mengelirukan.

Lelaki maut kereta langgar pokok
Siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Gua Musang menghala ke Machang.

Penjawat awam maut dilanggar pemandu mabuk
Mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian dada.

Pasangan suami-isteri maut motosikal terbabas
Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Jalan Banting- Dengkil awal pagi semalam.

Pemandu BMW diserang sawan rempuh sembilan kenderaan
Pemandu tersebut juga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut.