awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri rayu biayai perubatan anak hidapi 'Crouzon Syndrome'

Bernama
Bernama
21/05/2014
02:08 MYT
Pasangan suami isteri rayu biayai perubatan anak hidapi 'Crouzon Syndrome'
Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, bersama bayinya, Muhammad Niyaz Furqan Mohd Fazrul Razduan, 7 bulan, yang disahkan menghidap penyakit Crouzon Syndrome. --fotoBERNAMA
Sepasang suami isteri merayu orang ramai untuk membantu membiayai perubatan bayi mereka berusia tujuh bulan yang mengidap penyakit 'Crouzon Syndrome' sejak dilahirkan.
Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, berkata anaknya Muhammad Niyaz Furqan, berusia 7 bulan, lahir dengan kecacatan fizikal di bahagian muka dan tengkorak kepala selain keadaan matanya merah serta sering mengalami masalah pernafasan.
"Penyakit tersebut jarang sekali ditemui di negara ini dan doktor sendiri tidak dapat mengesan sebarang masalah pada kandungan isteri saya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, semasa beliau mengandung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Sri Maulana di sini, hari ini.
Kata, paling menyedihkan apabila bayi mereka juga tidak dapat mengelipkan dan menutup mata sejak lahir serta tidur dengan keadaan mata dan mulut terbuka.
Malah doktor turut memaklumkan saluran pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anaknya terlalu kecil selain terdapat kandungan air di dalam kepalanya.
Katanya, pembesaran anaknya juga mengalami masalah apabila tulang di bahagian kepala membesar secara tidak normal sehingga menghimpit otak dan menyebabkan struktur kepalanya melonjong.
"Bayi kami telah menjalani satu pembedahan kecil pada 31 Mac lepas bagi mengurangkan tekanan cecair di dalam otak sekaligus mengelak sebarang masalah lebih teruk timbul. Pembedahan tersebut berjaya.
Namun, anaknya perlu menjalani satu lagi pembedahan pada 26 Mei ini melibatkan sekumpulan doktor pakar dan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM40,000.
Beliau berkata, kos itu terlalu tinggi menyebabkan beliau tertekan kerana pendapatannya sebagai pemandu di sebuah hotel di Pekan dan gaji isterinya sebagai jururawat tidak dapat menampung kos tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Fazrul di talian 019-9454546 atau menyalurkannya ke akaun bank.
Topic Berkaitan
#biaya perubatan
#Crouzon Syndrome
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan