TAMPIN:Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok, di sini, malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.46 malam itu, mangsa Mohamad Ismail, 70, dan Halijah Hamat, 62, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Palong 3, disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.46 malam dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.52 malam.
"Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan lori lima tan yang membawa muatan kayu.
"Ketika bomba sampai di lokasi kejadian, pasangan itu didapati masih tersepit di dalam kereta mereka dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat kedua-duanya," katanya, di sini, pada Khamis.
Menurut Norfaizal, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Sinar Harian
Thu Jan 21 2021

Keadaan kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri warga emas di Jalan Tampin-Gemas. -Gambar Sinar Harian

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

Seorang maut, 94 cedera akibat salji lebat di Korea Selatan
Ratusan kenderaan terkandas di beberapa lebuh raya utama sepanjang pantai barat negara itu, manakala lebih 460 kemalangan dilaporkan.

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

Seorang maut, 94 cedera akibat salji lebat di Korea Selatan
Ratusan kenderaan terkandas di beberapa lebuh raya utama sepanjang pantai barat negara itu, manakala lebih 460 kemalangan dilaporkan.

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Jalan Kuching
Kemalangan berlaku apabila kereta Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Tiger Woods mungkin tidak dapat kembali aktif - Doktor
Kata pakar perubatan ortopedik, atlet itu mungkin tidak akan berpeluang kembali sebagai pemain golf profesional lagi selepas ini.

Tiger Woods cedera, nahas kereta di Los Angeles
Woods, 45 tahun, berseorangan dalam kereta sport utility vehicle (SUV) yang dinaikinya, dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi itu.

Tengkorak, rangka manusia ditemukan di lebuh raya
Tengkorak dan rangka manusia itu ditemukan pekerja Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1.10 petang yang sedang membersihkan longkang.

Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Iglu buatan sendiri runtuh, kanak-kanak 7 tahun maut
Difahamkan, iglu berkenaan dibina kanak-kanak itu dengan bantuan bapanya.

28 insiden maut babitkan peralatan elektrik tahun lalu
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 45 kes dilaporkan termasuk 28 insiden yang menyebabkan kematian.