awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian

Bernama
Bernama
09/01/2025
11:00 MYT
Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Sepasang suami isteri warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka yang berusia 10 bulan sehingga mengakibatkan kematiannya bulan lepas. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka yang berusia 10 bulan sehingga mengakibatkan kematiannya bulan lepas.
Munna Abdu Salam dan isterinya, Fatima Abul Hashim masing-masing mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama-sama oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya sebagai orang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, kira-kira 10 malam, 17 Dis 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad memohon mahkamah supaya tidak menawarkan wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memandangkan kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan warga Myanmar
#suami isteri
#abai anak
#Munna Abdu Salam
#Fatima Abul Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan