awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari

Bernama
Bernama
13/05/2021
12:23 MYT
Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari
Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari bermula 12 tengah hari tadi, selepas didapati ada jangkitan kes positif COVID-19. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Pasar Awam Bagan Ajam di Jalan Terbilang di sini, ditutup tiga hari bermula 12 tengah hari tadi, selepas didapati ada jangkitan kes positif COVID-19.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Datuk Rozali Mohamud berkata, penutupan pasar awam adalah untuk proses sanitasi dan ia akan dibuka semula Ahad ini.
Menurutnya, penutupan pasar awam itu dilakukan selepas terdapat kes positif COVID-19 melibatkan peniaga dan pekerja pasar.
"Saya meminta orang ramai agar bersabar, kerana pihak kami terpaksa tutup pasar itu tiga hari untuk proses sanitasi dan kerja-kerja pembersihan, sebelum ia dibenarkan buka semula kepada orang ramai pada Ahad nanti," katanya dalam Program Pemberian Bantuan Makanan Sempena Hari Raya Aidilfitri kepada Wira-Wira Barisan Hadapan Majlis Bandaraya yang dilakukan secara maya di sini hari ini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Asmayani Khalib tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, satu kluster baharu dilaporkan di Pulau Pinang iaitu kluster Jalan Terbilang, melibatkan peniaga-peniaga dan pekerja-perkerja sebuah pasar yang terletak di Jalan Terbilang, Taman Terbilang di Seberang Perai Utara.
Menurut kenyataan itu, kluster tersebut melibatkan kes indeks seorang lelaki warga Myanmar berumur 49 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei hasil saringan individu bergejala. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasar Awam Bagan Ajam
#ditutup tiga hari
#COVID-19
#Majlis Bandaraya Seberang Perai
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan