awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19

Bernama
Bernama
24/01/2021
13:11 MYT
Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19
Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan. - Bernama
JOHOR BAHRU:Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau, di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Jan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan selepas terdapat kes positif COVID-19 di pasar berkenaan.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi tadi.
Beliau berkata pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.
"Apabila sempurna kerja-kerja sanitasi disahkan oleh KKM, pasar berkenaan sudah boleh dibuka," katanya, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru Tai Wah Sun berkata pemilik, peniaga ikan dan sayuran termasuk pekerja dan pemandu lori di Pasar Borong Pandan telah mengambil inisiatif menjalani ujian saringan kesihatan dan kuarantin kendiri di rumah setelah mengetahui terdapat kes positif di kawasan mereka berniaga.
Katanya, meskipun notis penutupan pasar itu dikeluarkan pagi tadi namun kebanyakan warga pasar terbabit sudah menjalani ujian saringan beberapa hari sebelumnya sebagai tindakan awal pencegahan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pasar Borong Pandan
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
#Johor Bahru
#KKM
#Kangkar Tebrau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan