awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had

Bernama
Bernama
19/01/2024
15:04 MYT
Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Sebuah pasar raya di Sungai Jawi, Nibong Tebal diserbu penguat kuasa KPDN Pulau Pinang selepas dipercayai menyimpan minyak masak peket satu kilogram (kg) bersubsidi melebihi had lesen runcit yang dibenarkan, hari ini. - Foto Sinar Harian
NIBONG TEBAL: Sebuah pasar raya di Sungai Jawi di sini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang selepas dipercayai menyimpan minyak masak peket satu kilogram (kg) bersubsidi melebihi had lesen runcit yang dibenarkan, hari ini.
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S.Jegan berkata dalam serbuan pada 4 petang itu yang dibuat hasil risikan dan intipan pasukan penguat kuasanya sejak seminggu lepas, menemukan 4,480kg minyak masak peket satu kg yang disimpan di stor pasar raya tersebut, melebihi had lesen runcit dibenarkan iaitu 1,000kg.
"Pemilik pasar raya warga tempatan berusia 30-an itu memberi alasan dia menyimpan banyak stok bagi memudahkan urus niaganya dan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi tersebut daripada pembekal di sekitar negeri ini.
"Kita percaya peniaga mengaut keuntungan mudah dengan menjual minyak masak bersubsidi itu pada harga RM3 hingga RM3.50 sepeket kepada pekerja asing yang tinggal di sekitar kawasan pasar raya tersebut sejak setahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jegan berkata susulan serbuan itu, pihaknya merampas 3,480 kg minyak masak berkenaan yang bernilai RM8,700 dan beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
"Kami telah merekodkan keterangan pemilik pasar raya untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Akta kawalan Bekalan 1961," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasar raya diserbu
#minyak masak bersubsidi
#KPDN Pulau Pinang
#minyak masak peket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan