KUALA LUMPUR: Pasaran buruh Malaysia dijangka terus mengukuh pada separuh kedua, disokong pekerja dari Indonesia kembali ke negara mulai hari ini.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan menerima kumpulan pertama pekerja asing Indonesia hari ini sejak pembukaan semula sempadan dan ketibaan mereka dijangka dapat mengurangkan kekurangan tenaga buruh di ladang kelapa sawit.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) berkata guna tenaga buruh telah menurun sebanyak 1.8 peratus pada 2020 dan 2.9 peratus pada 2021, lebih 100,000 pekerja berhenti kerja akibat pandemik COVID-19.
Pekerja bukan warganegara membentuk kira-kira 10 peratus penduduk Malaysia yang bekerja.
"Kadar pengangguran Malaysia diunjurkan menurun pada tahun ini kepada 3.8 peratus pada 2022 daripada 4.6 peratus pada 2021, disokong oleh pembukaan semula aktiviti ekonomi domestik dan asas ekonomi yang kukuh," kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Bagaimanapun, ia berkata bahawa unjuran kadar pengangguran masih lebih tinggi berbanding tahap sebelum pandemik yang mencatatkan 3.4 peratus.
Pertumbuhan pekerjaan dijangka pada 2.5 peratus (2021: 2.0 peratus) manakala pengangguran diunjurkan menyusut sebanyak 15.0 peratus tahun ini (2021: +3.0 peratus).
"Dalam empat bulan pertama tahun 2022, pertumbuhan pekerjaan berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun dan pengangguran turun sebanyak 12.6 peratus tahun ke tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

MIDF Research berkata, guna tenaga buruh telah menurun sebanyak 1.8 peratus pada 2020 dan 2.9 peratus pada 2021. - FOto: Dagang News

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

AWANI Ringkas: Majlis Raja-raja bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi [TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975973/thumbnails/30178457201656570847772_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi
Ikuti sidang media Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Harga Siling | Impak secara langsung kepada semua pihak
Pengerusi Persatuan Penternak Selangor, Idrus Zainal Abidin mengulas keputusan Kabinet pada Rabu yang tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. Selain itu juga, Kabinet turut bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Tiada masalah wujud beberapa pasukan tangani isu harga barang, inflasi - Annuar
Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia.

Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu
Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang membangkitkan semula semangat Melayu-Islam Beraja.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Raja-Raja kali ke-259
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Jenayah Global | Seorang wartawan ditembak mati di Mexico
Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian seorang wartawan berusia 47 tahun yang ditembak mati di timur laut negara itu.

Pasaran buruh akan mengukuh pada separuh kedua 2022 - MIDF Research
Malaysia akan menerima kumpulan pertama pekerja asing Indonesia hari ini sejak pembukaan semula sempadan.

Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Kemahiran tidak padan, punca sukar gaji bakat dalam industri digital
Ini berlaku meskipun tenaga kerja adalah berpendidikan tinggi, memandangkan calon-calon kekurangan kepakaran tertentu untuk memenuhi kemahiran yang diperlukan.

PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.

KDNK Malaysia pada 2022 dijangka berkembang antara 5.3-6.3 peratus - BNM
Kadar pemulihan di Malaysia diunjurkan terus meningkat di tengah-tengah pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa.

Ekonomi negara dijangka terus berkembang tahun ini - Mustapa
Prospek pertumbuhan bagi tahun 2022 dianggarkan berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus.

Portal pasaran buruh MyLMID dilancar
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melancarkan Malaysia Labour Market Interactive Data (MyLMID) iaitu satu portal mengenai pasaran buruh negara.

Unjuran pasaran buruh negara terus mengukuh pada suku keempat tahun ini
Kedudukan pasaran buruh negara diunjur terus mengukuh pada suku keempat tahun ini.

Penambahbaikan pasaran buruh, pemulihan berterusan di suku ketiga, keempat 2021
Perkeso mendapati kedudukan pasaran buruh sehingga akhir tahun 2021 masih memerlukan sokongan dan intervensi berterusan agar kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan dapat dikurangkan.