awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu Indera Mahkota kesal pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil
Salji lebat dijangka turun sepanjang cuti tiga hari di Jepun
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran pekerjaan 2015 turun akibat sentimen ekonomi serantau

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
30/12/2015
14:15 MYT
Pasaran pekerjaan 2015 turun akibat sentimen ekonomi serantau
Antara Ogos hingga November tahun ini, terdapat penurunan sehingga 5 peratus terhadap jumlah pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia. - Gambar hiasan
Pasaran pekerjaan di Malaysia setakat ini dilihat masih kukuh dengan lebih 21,000 iklan pekerjaan menerusi laman Jobstreet.com ditawarkan.
Pengurus Jobstreet bagi Malaysia, Chook Yuh Yng, menjangkakan angka itu akan meningkat selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun hadapan, iaitu permulaan musim puncak bagi peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, Chook berkata, dari Januari hingga November tahun ini, jumlah pekerjaan menyaksikan penurunan 4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014.
Katanya, ia dipengaruhi sentimen ekonomi global yang perlahan selain syarat pengambilan pekerjaan yang lebih ketat oleh syarikat di Malaysia.
"Kami melihat pengambilan pekerja yang lebih konservatif oleh Syarikat di Malaysia terutamanya dari sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Bagaimanapun, saya berpendapat secara keseluruhan, penurunan itu adalah disebabkan sentimen ekonomi rantau yang lebih perlahan," kata Chook dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Antara Ogos hingga November tahun ini, terdapat penurunan sehingga 5 peratus terhadap jumlah pekerjaan yang ditawarkan dan jelasnya, ia bukan trend yang biasa berbanding peningkatan yang dilihat untuk tahun sebelumnya.
Bagi 2016, Chook berkata, Jobstreet akan terus meneliti pasaran pekerjaan di Malaysia dan berharap ia akan kembali meningkat.
Katanya lagi, peluang pekerjaan dalam industri seperti pembuatan, pembinaan, teknologi maklumat dan pemborongan masih berada pada paras sama berbanding tahun sebelum.
Topic Berkaitan
#Jobstreet
#Malaysia
#peluang pekerjaan
#sentimen global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan