Sebuah pasaraya borong di bandar Darul Aman, dekat Jitra, Kedah yang baru sahaja beroperasi runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian pagi tadi.
Keruntuhan pasaraya ‘C-Mart’ yang beroperasi tiga bulan lepas berlaku pada jam 9.31 pagi, kira-kira 15 minit lagi sebelum pekerja-pekerja pasaraya itu untuk masuk memulakan tugas.
Ketua Balai Bomba dan penyelamat Jitra, Timbalan Penguasa Kanan Hasbullah Md Isa berkata, runtuhan itu melibatkan struktur bumbung, tiang dan dinding sebelah hadapan jalan menghadap ke Institut Latihan Perindustrian.
Menurut Hasbullah, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian apabila dimaklumkan mengenai runtuhan itu dan hasil pemeriksaan keseluruhan bangunan itu tidak selamat diduduki.
“Kemungkinan boleh berlaku lagi runtuhan kedua. Jadi pihak bomba akan mengambil tindakan awal menutup bangunan itu selama sehari daripada dimasuki oleh orang awam,” kata Hasbullah.
Beliau berkata, Jabatan Geologi Dan Majlis Daerah Kubang Pasu akan mengeluarkan arahan selanjutnya selepas siasatan dijalankan.
Bangunan pasaraya itu mula dibaikpulih sejak 2011 daripada bangunan terbiar yang dibina sekitar 2008 sebelum memulakan operasi sejak Julai lepas.
Hasbullah berkata, kemungkinan runtuhan itu berlaku disebabkan hujan yang berterusan sejak beberapa hari menyebabkan kelembapan yang berlaku pada struktur konkrit.
“Maklumat daripada pihak pusat gerakan operasi memaklumkan tiada gegaran berlaku, kemungkinan disebabkan pengurus pasaraya tersebut sendiri berkata mungkin disebabkan hujan berpanjangan menyebabkan kelembapan pada simen bangunan ini,” tambah beliau.
Katanya, tiada kemalangan jiwa yang berlaku walaupun sebelum runtuhan berlaku terdapat dua orang pekerja penyelenggaraan masuk untuk kerja-kerja mencuci di dalam pasaraya itu.
Astro Awani
Tue Oct 08 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pasaraya borong runtuh, tiada kecederaan dilaporkan
Sebuah pasaraya borong di bandar Darul Aman, dekat Jitra, Kedah yang baru sahaja beroperasi runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian pagi tadi.