awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaraya Giant tiada kaitan dengan status halal PCK Processing

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
10/06/2015
03:38 MYT
Pasaraya Giant tiada kaitan dengan status halal PCK Processing
Pasaraya Giant dmenafikan sebarang perkaitan dengan syarikat PCK Processing & Marketing sekaligus menafikan berita yang tersebar di laman sosial.
Pasaraya Giant dalam satu kenyataan rasmi menafikan sebarang perkaitan dengan syarikat PCK Processing & Marketing sekaligus menafikan pesanan yang tersebar meluas di laman sosial.
Rangkaian pasaraya tempatan yang dimiliki GCH Retail Malaysia Sdn Bhd itu menegaskan tidak membuat sebarang urusan secara langsung atau tidak langsung dengan pembekal berkenaan.
Ia termasuklah memesan, memasar, membekal serta menjual segala produk-produk dari syarikat yang beroperasi dari Seri Manjung, Perak ini di mana-mana pasaraya Giant di seluruh Malaysia.
Pasaraya Giant tiada kaitan dengan PCK Processing
Pasaraya Giant tiada kaitan dengan PCK ProcessingPasaraya Giant
Kenyataan rasmi Pasaraya Giant, diperoleh dari laman rasminya
Kenyataan tersebut turut memaklumkan para pelanggannya bahawa Giant hanya berurusan dengan pembekal-pembekal ayam segar yang diproses secara halal serta mempunyai sijil halal diiktiraf, disah dan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pada 1 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengeluarkan satu kenyataan mengenai penarikan balik Pensijilan Halal Malaysia bagi syarikat PCK Processing & Marketing.
Kenyataan tersebut tersebar meluas menerusi aplikasi WhatsApp sehingga ada pengguna yang mengaitkan pembekal itu dengan pasaraya Giant.
Topic Berkaitan
#Giant
#Halal
#haram
#PCK Processing & Marketing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan