Pasca banjir: Sukarelawan membantu kerja pembersihan

Astro Awani
Disember 14, 2013 23:30 MYT
-gambar arkib
Pasca banjir di Pantai Timur, kebanyakan mangsa-mangsa banjir telah pulang ke kediaman masing-masing bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.
Antara yang turut membantu meringankan kerja pembersihan adalah sukarelawan yang mengedarkan cairan mikroba anti pathogen bertujuan menghalang perkembangan bakteria pathogen yang menyebabkan penyakit menular.
CEO Sumberdaya Alam Enterprises Mohd Fesal Idris menerangkan menerangkan kerja-kerja sukarelawan ini bersama Awani745.
Sementara itu, perunding alam sekitar Amlir Ayat juga mengulas mengenai pengurusan sisa banjir yang melibatkan masalah kesihatan akibat pencemaran.
#Amlir Ayat #AWANI745 #banjir #Mohd Fesal Idris #pembersihan #Sumberdaya Alam Enterprises