awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Jadikan politik muafakat sebagai keutamaan - Chandra Muzaffar

Israr Khalid
Israr Khalid
23/11/2022
02:00 MYT
Pasca PRU15: Jadikan politik muafakat sebagai keutamaan - Chandra Muzaffar
CHANDRA: Muafakat adalah satu pendekatan yang mungkin lebih serasi dengan tradisi, budaya dan falsafah kita. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-10 yang bakal dilantik harus mengajak pembangkang untuk mengangkat konsep muafakat sebagai prasyarat pentadbiran bersama demi kestabilan dan kesejahteraan negara.
Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar menegaskan, perlu ada anjakan daripada politik permusuhan yang menjadi kebiasaan kepada politik kerjasama yang lebih mendamaikan.
Jelas beliau, ia tidak semestinya perlu mencapai satu gabungan tetapi boleh membentuk kerjasama berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.
“Kita sudah terlalu biasa dengan sistem kepartian berdasarkan politik adversari atau permusuhan, yang kita harus cuba atasi.
"Ada satu lagi pendekatan yang mungkin lebih serasi dengan tradisi, budaya dan falsafah kita.
“Kita tak semestinya terus terperangkap dalam isu status quo, mengalahkan pihak lain dan sebagainya.
"Apa salahnya sekiranya untuk lima tahun akan datang ini kita jadikan politik muafakat sebagai keutamaan kita,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Pendekatan politik muafakat, kata beliau, pernah dihujahkan Presiden pertama Indonesia, Sukarno untuk menggantikan politik permusuhan dalam menyatukan negara republik itu selepas mencapai kemerdekaannya.
Maka dengan itu, ujar Chandra, tempoh lima tahun itu harus ditumpukan kepada tindakan kerjasama, sehingga tiba Pilihan Raya Umum seterusnya, untuk mungkin kembali kepada cara politik biasa, iaitu beradu mendapatkan mandat baharu rakyat.
Agenda AWANI: Kalau tiada sepakat, Malaysia akan rugi
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#politik muafakat
#chandra muzaffar
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan