NATIONAL

Pasca PRU15: Perbincangan Khas Agong dan MRR hari ini, Sultan Johor pertama tiba

Firdaus Azil 24/11/2022 | 01:50 MYT
Ia akan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ini, namun tidak diketahui berapa lama perbincangan itu akan berlangsung. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas enam hari Pilihan Raya Umum ke-15, tumpuan negara pagi ini terarah sekali lagi kepada Istana Negara, selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengadakan Perbincangan Khas bersama Majlis Raja-raja Melayu.

Mengikut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Perbincangan Khas itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Selain itu beliau berkata, ia akan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ini, namun tidak diketahui berapa lama perbincangan itu akan berlangsung.

Sementara itu, kenderaan rasmi membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pertama sekali tiba di Pintu 1 Istana Negara, iaitu pada jam 9.40 pagi.














#PRU15 #Istana Negara #perbincangan khas #Majlis Raja-Raja Melayu