awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina

Bernama
Bernama
08/12/2024
10:45 MYT
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Semua sekolah terjejas banjir perlu dipastikan supaya benar-benar bersih, selamat dan kondusif sebelum pelajar kembali meneruskan sesi persekolahan pascabencana itu.

Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan semua sekolah terjejas banjir perlu dibersihkan dan dipastikan selamat sebelum sesi pembelajaran fizikal disambung.
  • Anggaran kerugian sedang dikumpul, dan sekolah boleh memohon peruntukan bencana untuk membaiki kerosakan.
  • Di Kedah, 19 sekolah terjejas banjir; kebanyakan sudah beroperasi, manakala beberapa sekolah masih menjalankan PdPR.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
"Kita mahu sekolah segera dibersihkan dan aspek keselamatan diutamakan kerana anak-anak perlu kembali ke sekolah segera. Jadi kita sedaya upaya nak kembalikan kelas fizikal, tapi kena pastikan bersih dan selamat," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong di sini hari ini.
Mengenai anggaran kerugian, beliau berkata pihaknya masih mengumpul maklumat daripada semua sekolah terlibat.
"Biasanya kita sudah ada unjuran (kerugian) tapi ada setengah sekolah barangkali teruk sedikit daripada yang lain, jadi kita perlu angka sebenar daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya dapat segera atasi isu berkaitan.
"Kita ada peruntukan bencana yang boleh dipohon segera oleh pihak sekolah jika ada kerosakan yang akan melumpuhkan keseluruhan institusi sekolah," katanya.
Fadhlina berkata di Kedah terdapat 19 sekolah terjejas banjir, namun kebanyakan sudah kembali beroperasi seperti biasa dan hanya beberapa sekolah yang masih melaksanakan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pascabanjir
#banjir
#sekolah
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan