Paskal laksana latihan menyelamat tebusan Khamis ini di Lumut

Bernama
Ogos 30, 2022 23:00 MYT
Latihan itu akan berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi. -Bernama
IPOH: Kapal Diraja Panglima Garang iaitu Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) akan melaksanakan latihan menyelamat tebusan dengan menggunakan bas bagi kursus tempur jarak dekat di sekitar simpang tiga Lumut, Khamis ini.
Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat latihan itu akan berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi.
"Justeru, penduduk sekitar dan orang ramai diminta supaya tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu yang dinyatakan.
Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Paskal #Kapal Diraja Panglima Garang #Pusat Latihan Pasukan Khas Laut #latihan menyelamat tebusan