awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan keterbukaan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan Parlimen hibrid

Fareez Azman
Fareez Azman
08/06/2021
09:06 MYT
Pastikan keterbukaan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan Parlimen hibrid
Menurut Fakhrurrazi Rashid, pengalaman Parlimen hibrid yang diadakan di United Kingdom dan Australia boleh dijadikan contoh terbaik sebelum ia dilaksanakan di sini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan keterbukaan dan prinsip kesaksamaan dipraktikkan dalam sidang Parlimen hibrid yang masih dalam tempoh kajian ketika ini.
Menurut Pegawai Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid, pengalaman Parlimen hibrid yang diadakan di United Kingdom dan Australia boleh dijadikan contoh terbaik sebelum ia dilaksanakan di sini.
"Prinsip keterbukaan itu perlu ada tapi apa yang lebih penting ialah prinsip kesaksamaan untuk memberi ruang kepada ahli parlimen membahaskan isu rakyat di dalam Parlimen itu sendiri," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Selasa.
Tambahnya, menerusi Parlimen hibrid itu juga memberi satu keyakinan bahawa sistem demokrasi di negara ini terus hidup selepas sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara digantung akibat pandemik COVID-19.
"Ia memberi satu nilai tambah bahawasanya ada satu keyakinan bahawa sistem demokrasi di negara ini dan tadbir urus antara barisan ahli parlimen pembangkang dan kerajaan berfungsi bagi memastikan ekonomi rakyat terbela buat masa ini.
"Saya rasa ini bukan sahaja bersejarah tetapi perkara penting ketika pandemik ini masih belum nampak jalan keluarnya," katanya lagi.
Ujarnya, Parlimen hibrid juga memerlukan kerjasama secara bipartisan oleh semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang agar setiap isu dapat diselesaikan dengan lebih mendalam.
"Persidangan hibrid akan mengisi beberapa isu dan salah faham yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat khususnya prosedur operasi standard (SOP) dan beberapa hal kebajikan yang perlu diberikan kepada rakyat.
"Jadi, rakyat akan mendapat lebih informasi daripada parlimen itu sendiri, dan bukan sahaja infografik atau sosial media. Jadi penerangan menteri dalam parlimen itu memperkukuhkan SOP dan dasar kerajaan dalam memerangi COVID-19," jelasnya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan Parlimen secara hibrid.
Jelasnya, ia membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
BACA: Kerajaan kaji pelaksanaan sidang Parlimen hibrid - Takiyuddin
Malah ujar Takiyuddin, langkah sedemikian diambil bagi memastikan Parlimen berupaya berperanan seperti sewajarnya meskipun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Dewan Rakyat
#Dewan Negara
#SOP
#Australia
#United Kingdom
#nilai
#Perdana Menteri
#Parlimen
#ekonomi
#pembangkang
#infografik
#undang-undang
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan