NATIONAL

Pastikan martabat TLDM terus dijulang, dihormati - PM Anwar

Bernama 27/04/2023 | 11:01 MYT
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas khidmat mereka dalam melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara. -Twitter Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu martabat angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus dijulang dan dihormati.

Dalam ucapan sempena ulang tahun TLDM ke-89 hari ini, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas khidmat mereka dalam melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara.

"Selamat Hari Ulang Tahun TLDM Ke-89.

"Moga kebersamaan angkatan terus dijulang dan dihormati dalam mengangkat martabat seluruh warga TLDM di atas khidmat yang dicurahkan tatkala melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara," katanya menerusi catatan di Facebook.


-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #TLDM #Tentera Laut Diraja Malaysia #keselamatan perairan negara