Pasukan ESSCOM Lahad Datu wakili PDRM ke Sukan Polis dan Bomba Dunia

Astro Awani
Julai 20, 2022 08:10 MYT
Pengarah Gamalux Oils Sdn Bhd Sylvester Anthonisamy menyampaikan tajaan RM10,000 kepada kepada wakil ESSCOM Lahad Datu, ASP Selva Kumaran. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Lahad Datu akan mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Sukan Polis dan Bomba Dunia di Rotterdam, Belanda dari 22 hingga 31 Julai depan.
Hampir 10 ribu anggota polis, bomba dan kastam dari seluruh dunia akan terlibat dalam acara yang mempertandingankan lebih 60 acara itu.
Bagi kontinjen kali ini, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia menerima tajaan berjumlah RM10,000 dari Gamalux Oils Sdn Bhd pada Selasa. Ia diserahkan oleh Pengarah Gamalux Oils Sylvester Anthonisamy kepada wakil ESSCOM Lahad Datu, ASP Selva Kumaran.
''Kami berharap tajaan ini akan membantu meningkatkan prestasi pasukan seterusnya membolehkan mereka mencipta prestasi cemerlang yang membanggakan negara,'' kata Sylvester menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Pasukan PDRM telah menghantar atlet ke temasya itu sejak 1995 atas semangat kebersamaan, pepaduan dan kesukanan dengan pasukan polis lain di seluruh dunia.
Temasya Sukan Polis dan Bomba Dunia ini dianjurkan dua kali setahun sejak 1985 dan tema penganjuran kali ini In Sport We Unite.
#ESSCOM Lahad Datu #PDRM #Sukan Polis dan Bomba Dunia #rotterdam