Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun menasihati orang awam supaya jangan gusar dengan berita tersebar mengenai ancaman termasuk daripada penjenayah rentas sempadan kerana pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), terutama yang bertugas di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin.
"Kami tidak pernah kelam-kabut dan melakukan persediaan bagi menjamin kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dengan apa juga cara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan latihan Bodyguarding Siri 1/2016 di sini. hari ini.
Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas cerita yang tersebar di ESSZone kononnya akan ada tindakan balas dendam daripada penjenayah rentas sempadan ekoran kejayaan anggota keselamatan Malaysia menembak mati tiga penjenayah pada 5 Dis lalu di kawasan perairan Pulau Gaya, Semporna.
Pada majlis itu, 28 anggota dan pegawai PDRM berjaya menamatkan latihan dua minggu berkaitan tugas sebagai pengawal keselamatan orang kenamaan termasuk kemahiran menggunakan senjata api dan seni mempertahankan diri. Koperal Fatimah Salam dinobatkan sebagai peserta terbaik.
Abdul Rashid menasihati orang awam supaya tidak gusar mendengar berita seperti itu dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anggota keselamatan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Teras kepada perkhidmatan kami adalah menjaga keselamatan, nyawa dan harta benda masyarakat. Kami tidak pernah berganjak daripada itu. Masyarakat perlu memberi keyakinan dan kerjasama.
"Sebarang maklumat berhubung dengan soal keselamatan, sila berhubung terus dengan balai polis atau Ketua Polis Daerah berhampiran untuk tindakan segera diambil," katanya.
Mengenai suspek kes culik serta juragan bot nelayan yang hilang pada 5 Dis lalu itu, Abdul Rashid berkata setakat ini belum ada sebarang penemuan dibuat.
Berhubung kawalan keselamatan menjelang sambutan Krismas esok dan Tahun Baharu 2017, beliau berkata polis akan melaksanakan tanggungajawab sebaik-baiknya namun pada masa sama anggota masyarakat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
ABDUL RASHID: Masyarakat perlu memberi keyakinan dan kerjasama.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
Itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashi
Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.
Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.
Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah
Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina.
Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah
Abdul Rashid berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat
Mereka dilaporkan diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.