MALAYSIA
Pasukan pemerhati PBB perlu ditempatkan di Palestin - ABIM
Ahmad Fahmi berkata proses keamanan tidak hanya bergantung kepada kenyataan politik, sebaliknya perlu disertai jaminan jelas serta kawalan antarabangsa yang berkesan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disaran menempatkan pasukan pemerhati antarabangsa di Palestin bagi memastikan pelaksanaan pelan damai yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dapat dijalankan tanpa sebarang halangan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang menyambut baik penerimaan bersyarat oleh Hamas terhadap pelan damai itu, berkata proses keamanan tidak hanya bergantung kepada kenyataan politik, sebaliknya perlu disertai jaminan jelas serta kawalan antarabangsa yang berkesan.
Beliau berkata kehadiran pemerhati PBB amat penting bagi memastikan gencatan senjata benar-benar dihormati, keselamatan rakyat Palestin terjamin, dan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
"Kehadiran pemerhati yang sah melalui PBB akan menjadi bukti bahawa tanggungjawab melindungi rakyat Palestin adalah amanah kolektif masyarakat antarabangsa, dan keamanan hanya dapat dicapai melalui komitmen bersama yang tegas serta nyata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fahmi berkata inisiatif pelan damai itu juga tidak boleh dijadikan sandiwara politik atau peluang mencari pengiktirafan peribadi seperti Anugerah Nobel Keamanan, sedangkan penderitaan rakyat Palestin masih berlarutan.
"Hak Palestin bukan bahan tawar-menawar atau modal politik mana-mana kuasa besar, sebaliknya mesti dihormati sebagai prinsip asas keadilan antarabangsa," katanya sambil menyatakan bahawa realiti di lapangan masih menyaksikan rejim Zionis terus membedil hingga menambah angka korban awam.
Terdahulu, Hamas dilaporkan menerima sebahagian daripada rancangan gencatan senjata yang dikemukakan Trump, namun menegaskan beberapa perkara dalam pelan itu masih memerlukan rundingan lanjut.
-- BERNAMA