MALAYSIA
Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan bentang laporan pada September - Liew

Liew Chin Tong berkata beliau berharap laporan itu akan membantu ASEAN dalam menangani cabaran segera yang dihadapi rantau ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Ringkasan AI
- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September sebagai pelengkap kepada Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 20262030.
- Laporan ini diharap dapat membantu ASEAN menangani cabaran serantau, dan diilhamkan daripada peranan Laporan Mario Draghi dalam Kesatuan Eropah.
- Laporan tersebut diterajui oleh Dr Mari Pangestu dan Fraziali Ismail, manakala pasukan petugas dipengerusikan bersama oleh Liew Chin Tong dan Djatmiko Bris Witjaksono.
Liew berkata Laporan Integrasi ASEAN itu diterajui bersama oleh bekas Menteri Perdagangan Indonesia Dr Mari Pangestu dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Fraziali Ismail.
Pasukan petugas itu dipengerusikan bersama oleh Liew dan Ketua Pengarah Rundingan Perdagangan Antarabangsa Indonesia Djatmiko Bris Witjaksono.
Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN ditubuhkan pada Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 di Desaru, Johor pada Februari lepas. Ia mengadakan mesyuarat pertamanya pada 16 Mei.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami