KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mewujudkan Pasukan Petugas Khas bagi mengenal pasti dan mengkaji isu keselamatan siber bagi tujuan menggubal undang-undang yang berkaitan dengannya.
Kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyebut perkara itu antara keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Mesyuarat itu adalah sebagai satu langkah kerajaan untuk memulakan pelaksanaan pelan tindakan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang telah dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Okt lepas.
Keputusan lain ialah penubuhan satu kumpulan kerja bagi menyelaras inisiatif penilaian dan pengukuhan keselamatan siber terhadap agensi sektor awam kritikal terpilih.
"Bagi fasa pertama, sebanyak 16 agensi telah dikenal pasti untuk pelaksanaan inisitif ini," menurut kenyataan itu.
Menurut MKN, sepanjang tahun ini, terdapat peningkatan kes insiden siber yang dilaporkan organisasi sektor awam dan sehingga 30 Nov lepas, sebanyak 3,836 insiden siber yang menyaksikan 31.5 peratus kes melibatkan pencerobohan manakala 53.19 peratus melibatkan jangkitan perisian hasad atau 'malware.'
"Serangan Ancaman Terperinci Lanjutan atau 'Advanced Persistent Threat' (APT), perisian tebusan atau 'ransomware' dan pencerobohan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan adalah isu serius yang perlu diatasi kerana ia boleh menyebabkan berlakunya ketirisan maklumat strategik, menjejaskan operasi dan mencalar imej.
"Kesannya keselamatan dan kedaulatan negara terjejas, ekonomi dan kestabilan politik tergugat serta kesejahteraan rakyat terancam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
Menurut MKN, sepanjang tahun ini, terdapat peningkatan kes insiden siber yang dilaporkan organisasi sektor awam. - Gambar hiasan
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KDN, Kerajaan Sarawak berganding tubuhkan pasukan khas tangani rakyat tanpa dokumen pengenalan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Sarawak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani isu rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di negeri itu.
Pasukan petugas khas akan diwujudkan kaji penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi mengkaji penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
Sarawak rekod 264 kes pembalakan haram - Awang Tengah
Sebanyak 264 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak bagi tempoh di antara 2020 dan 2022, kata Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Perak rancang wujudkan pasukan petugas tangani jenayah penipuan dalam talian
Pasukan itu akan melibatkan beberapa agensi seperti PDRM, MCMC Jabatan Penerangan dan lain-lain.
SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.
UiTM tubuh pasukan petugas khas kaji semula penggabungan tiga fakulti
Dua perkara akan dipertimbangkan hasil daripada perbincangan yang berlangsung pada Khamis.
Kes Batu Puteh: Laporan akhir pasukan petugas khas dibentang ke Kabinet 7 Oktober - Wan Junaidi
Pasukan itu telah selesai melaksanakan tugasan yang diamanahkan sepanjang hampir sembilan bulan mulai 9 Nov 2021 hingga 30 Ogos lepas.
Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan ditubuhkan
Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) pada Jumaat.