awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan RAMD giat usaha bantu mangsa banjir menerusi Op Murni

Bernama
Bernama
21/12/2022
20:43 MYT
Pasukan RAMD giat usaha bantu mangsa banjir menerusi Op Murni
Anggota RAMD membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto ihsan Briged Kelapan Infantri Malaysia
KUALA LUMPUR: Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terus mempergiat usaha membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerusi Op Murni.
Di Kelantan, operasi yang bermula semalam melibatkan antaranya pasukan 21 RAMD mengatur gerak 13 anggota lain-lain pangkat (LLP) bagi operasi menyelamat dan memindahkan 17 mangsa banjir dari Kampung Chenderung Kubu dan Kampung Julok ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor, Tumpat.
Menerusi perkongsian di Facebook Briged Kelapan Infantri Malaysia, pasukan 21 RAMD turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bandar Baru Tumpat termasuk menyalurkan bekalan makanan.
Di Kota Bharu, Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) melalui Rejimen 506 (Askar Wataniah) dengan disertai seorang pegawai dan 24 anggota LLP turut sama dalam bantuan kemanusiaan dengan memindahkan mangsa banjir ke PPS Sekolah Kebangsaan Pak Badol, Melor.
Sementara itu, di Terengganu, seorang pegawai dan 10 anggota LLP daripada pasukan 18 RAMD (Para) turut diatur gerak untuk membantu masyarakat setempat yang terjejas banjir di Kampung Lentang, Dungun dan kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Lentang, Dungun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#ATM
#RAMD
#Op Murni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan