awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2022
22:12 MYT
PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Tindakan 11 PATI warga Myanmar wanita yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Tok Wali, Kelar, Pasir Mas gagal apabila dicekup polis pada Selasa. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Tindakan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar wanita yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Tok Wali, Kelar gagal apabila dicekup polis pada Selasa.
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota telah membuat serbuan ke kawasan semak berhampiran tanah perkuburan.
"Setiba di lokasi, anggota bertugas menjumpai sekumpulan wanita sedang bersembunyi di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Mohd Nasaruddin berkata, kesemua wanita itu gagal mengemukakan apa-apa dokumen pengenalan diri yang sah masuk ke Malaysia.
Beliau berkata, kesemua PATI itu dibawa balik ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tanah Perkuburan Islam Tok Wali
#PATI warga Myanmar wanita
#IPD Pasir Mas
#Mohd Nasaruddin M Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan