awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI sorok dalam parit, paya bakau dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2022
22:30 MYT
PATI sorok dalam parit, paya bakau dicekup
Batalion 4 PGA menahan 19 PATI yang sedang bersembunyi di Kampung Tali Air, Banting pada Selasa. - Foto Sinar Harian
BANTING: Cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dalam parit dan paya bakau di Kampung Tali Air di sini pada Selasa sementara menunggu untuk dijemput oleh perkhidmatan e-hailing hanya menjerat diri.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, tindakan PATI warga Indonesia yang dipercayai baru tiba melalui jalan laut itu dipatahkan Batalion 4 PGA kira-kira jam 3.30 pagi.
"Tangkapan pertama membabitkan lima PATI yang bersembunyi di dalam parit manakala 14 lagi ditahan di kawasan paya bakau berhampiran.
"Operasi dengan bantuan Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu mendapati kemasukan kesemua PATI terbabit diuruskan 'penyambut' di pantai sementara menunggu kehadiran perkhidmatan e-hailing," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemasukan PATI itu diuruskan sindiket yang menggunakan khidmat 'penjaga pantai'.
Katanya, penjaga pantai ini akan memberi isyarat melalui lampu sebelum bot tiba di pantai.
"PATI ini perlu membayar kepada ejen sindiket sebanyak RM1,600 sehingga RM2,500 seorang," katanya.
Tambahnya, kesemua PATI berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun termasuk lima wanita telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pati
#sembunyi dalam parit dan paya bakau
#Kampung Tali Air
#Rizal Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan