awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patriot mahu kualiti jaket kalis peluru disiasat

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2019
02:11 MYT
Patriot mahu kualiti jaket kalis peluru disiasat
Siasatan menyeluruh perlu dilakukan terutama jaket kalis peluru yang digunakan oleh Mejar Mohd Zahir ditembusi peluru ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah semalam.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brigadier Jeneral (Bersara), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, wujud kebimbangan sekiranya jaket tersebut tidak mencapai tahap kualiti yang diperlukan sehingga gagal menahan peluru menembusi badan.
"Perlu ada siasatan menyeluruh dan jaket itu perlu disiasat mungkin kualiti tidak betul sedangkan kerajaan bayar berjuta-juta ringgit untuk membeli jaket ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mohd Zahir, 36, yang juga merupakan anak pelakon popular, A R Badul disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth selepas terkena tembakan di bahagian kiri belakang badannya.
Demonstrasi itu adalah sebahagian daripada program pertunjukan yang disusun atur untuk dipersembahkan kepada seluruh warga tentera dan ahli keluarga Kem Lok Kawi.
Ketika kejadian, mangsa yang memakai topeng dan baju kalis peluru melakukan tembakan pertama ke arah rakannya sebelum menerima tembakan dari jarak dekat.
Bagaimanapun, ketika ditembak, mangsa dilihat terjatuh sebelum beberapa anggota tentera menariknya ke tepi untuk diberikan bantuan kecemasan.
Dalam pada itu, Mohamed Arshad berkata penggunaan peluru hidup oleh anggota komando dalam latihan dan demonstrasi adalah perkara biasa.
"Bagi komando, penggunaan peluru hidup ini memang biasa kerana jika tidak mereka anggap tidak serius dan sekadar main-main namun mereka sangat terlatih dalam mengendalikan senjata," ujarnya.
Topic Berkaitan
#A R Badul
#Briged Ke-13 Infantri Malaysia
#Divisyen Kelima Infantri Malaysia
#jaket kalis peluru
#Mejar Mohd Zahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan