awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi arahan pemakaian baju sukan di sekolah - Ariffin

Bernama
Bernama
07/05/2023
20:40 MYT
Patuhi arahan pemakaian baju sukan di sekolah - Ariffin
Kebenaran khas (pemakaian baju sukan) yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini mengambil kira keadaan semasa. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pemakaian baju sukan bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid, guru dan kakitangan pelaksana sekolah bagi menghadapi fenomena cuaca panas yang melanda kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.
Justeru, beliau meminta pihak pentadbir, pengetua dan guru besar sekolah agar melaksanakannya dengan baik, termasuk memastikan baju sukan yang dipakai oleh murid-murid adalah sopan dan tidak perlu menetapkan warna pakaian selain mematuhi peraturan ditetapkan.
"Kebenaran khas (pemakaian baju sukan) yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini mengambil kira keadaan semasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
"Saya yakin pengetua dan guru besar dapat mengurus penyuraian murid semasa balik bagi mengelak suasana yang kritikal di waktu tengah hari," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Ariffin turut bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah, termasuklah merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran memandangkan cuaca yang tidak menentu.
Baru-baru ini KPM memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Kementerian Pendidikan
#guru
#pakaian pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan