MALAYSIA
Patuhi undang-undang semasa sertai perhimpunan kecam Israel - Saifuddin Nasution
"Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh sebahagian rakyat Malaysia adalah hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan ia membawa suara solidariti kita terhadap isu kemanusiaan di Palestin," kata Saifuddin.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang ramai yang berhimpun mengutuk tindakan Israel menahan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza, supaya menghormati undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Saifuddin Nasution berkata, hak untuk berhimpun secara aman mesti dilaksanakan dengan tertib, berhemah dan mematuhi undang-undang, tanpa menjejaskan keselamatan awam atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.
Beliau berkata, tiada pihak boleh menggunakan alasan berhimpun untuk mencetuskan kekecohan atau menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.
"Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh sebahagian rakyat Malaysia adalah hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan ia membawa suara solidariti kita terhadap isu kemanusiaan di Palestin.
"Namun demikian, saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba menghalang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas semasa perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam," katanya menerusi hantaran di akaun Fecebooknya.
Beliau berkata, anggota PDRM berada di lapangan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, namun ada pihak yang bertindak melampaui batas sehingga mencederakan anggota polis.
Saifuddin Nasution berkata, beliau yakin PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka berlandaskan undang-undang, demi memastikan keselamatan rakyat serta ketenteraman dalam negeri sentiasa terpelihara.
Pada masa sama, beliau berkata, kementeriannya bersama dengan suara rakyat Malaysia menggesa agar semua aktivis dan sukarelawan, khususnya rakyat Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.
"Mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata dan membawa misi kemanusiaan semata-mata untuk menyalurkan bantuan amat diperlukan oleh rakyat Gaza," katanya.
Saifuddin Nasution berkata, keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan dan kerajaan akan terus menggunakan segala saluran diplomatik serta undang-undang antarabangsa, untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan zalim tersebut.
"Malaysia kekal berdiri teguh bersama rakyat Palestin sehingga keadilan dan kebebasan menjadi milik mereka," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini