awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patung kambing paling laris sempena Tahun Baru Cina

Tan Su Lin
Tan Su Lin
15/02/2015
13:18 MYT
Patung kambing paling laris sempena Tahun Baru Cina
Barangan perhiasan rumah yang bermotifkan kambing, iaitu haiwan tahun zodiak Cina pada tahun ini mendapat sambutan hangat. - Astro AWANI/Tan Su Lin
Empat hari menjelang sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua mengambil kesempatan melakukan persiapan saat akhir pada hari hujung minggu. Tinjauan Astro AWANI di Jalan Petaling, Kuala Lumpur mendapati, barangan perhiasan rumah yang bermotifkan kambing, iaitu haiwan tahun zodiak Cina pada tahun ini mendapat sambutan hangat. Menurut seorang peniaga kedai hiasan, Chong Poh Fah, barang-barang hiasan untuk perayaan Tahun Baru Cina yang mempunyai gambar dan patung perhiasan kambing merupakan barangan yang paling laris dijual tahun ini. "Tahun ini ialah tahun kambing jadi kaum Cina akan ikut mengikut tahun haiwan zodiak berkenaan. Kalau tahun kambing mesti ikut kambing. Cantik lah kalau gantung hiasan-hiasan ini di rumah," kata Chong.
Antara perhiasan yang dijual untuk sambutan Tahun Baru Cina. - Astro AWANI/Tan Su Lin
Ada juga yang memilih perhiasan seperti patung kambing kerana ia kelihatan comel. "Memandangkan tahun ini tahun kambing, jadi saya mencari hiasan patung seperti kambing biri-biri yang comel." "Selain itu, saya mendapatkan perhiasan berwarna merah dan yang mempunyai perkataan-perkataan yang positif untuk Tahun Baru Cina." kata Arthur Chan yang ditemui membeli belah untuk barangan perhiasan pada saat akhir sebelum hari perayaan. Namun, menurut Pakar Feng Shui, Master Kenny Hoo, patung perhiasan yang melambangkan sekumpulan kambing adalah yang paling bertuah. "Kalau ada 3 kambing dalam sekumpulan ia akan membawa maksud yang sangat2 baik "san yang" iaitu 3 kambing dalam kumpulan membawa tenaga yang sangat bagus." kata Kenny. Apapun tiada sambutan Tahun Baru Cina yang lengkap tanpa perhiasan seperti patung kambing atau warna merah yang cukup sinonim dengan lambang kebudayaan masyarakat Cina. Tahun kambing merupakan tahun kelapan dalam kalendar Cina dan menurut pakar Feng Shui, tahun kambing akan membawa lebih banyak tuah berbanding tahun lepas yang merupakan tahun kuda.
Topic Berkaitan
#kambing
#perhiasan
#persiapan
#Tahun Baru Cina
#Tionghua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan