MALAYSIA

Pau pun kena SST!

Sinar Harian 10/09/2018 | 00:47 MYT
Najib mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih pau di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim. - Gambar hiasan
Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bukan saja memberi kesan kepada rakyat biasa malah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut terkena tempiasnya.
Beliau yang kini aktif mengulas isu semasa dalam laman sosialnya kali ini memilih untuk meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST.
Dalam catatan di akaun Twitter miliknya pada Ahad, Najib mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih tersebut di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim, Perak.
“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!
“Kedai Pau pun kena SST,” tulisnya dalam status tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik gambar resit diterimanya dan dalam resit tersebut jelas terpampang SST berjumlah RM3.80 dikenakan kepada Najib.
#cukai #Najib Razak #PAU #Pau Yik Mun #resit #restoran #SST #Tanjung Malim #Twitter