[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

PAU2021: Tiada usul PRU15 dibincangkan dalam mesyuarat MKT - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah 17/03/2022 | 15:15 MYT
Ismail Sabri memberitahu, sebarang perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan secara bersama di dalam parti. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang usul mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibincangkan dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis malam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sebaliknya, Naib Presiden UMNO itu berkata, ia sekadar laporan daripada wakil MKT ke mesyuarat sayap.
"Seperti tahun-tahun dulu ini, laporan daripada wakil MKT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja. Tiada perbincangan (mengenai PRU15)," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat MKT di sini, pada Khamis malam.
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Terdahulu, Ismail Sabri memberitahu, sebarang perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan secara bersama di dalam parti.
Beliau turut memaklumkan UMNO setakat ini tidak mengadakan perbincangan dan beliau tidak menerima sebarang usul termasuk daripada sayap-sayap yang bersidang pada Khamis.
#ismail sabri yaakob #pilihan raya umum #Majlis Kerja Tertinggi #PAU 2021