Paul Igai pengerusi sidang Dewan Negara semasa ketiadaan Timbalan Yang Dipertua

Bernama
Oktober 14, 2021 05:09 MYT
Paul Igai menandatangani watikah pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Parlimen Malaysia, 16 Dis, 2020. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Senator Datuk Paul Igai akan mempengerusikan persidangan Dewan Negara semasa ketidakhadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Usul yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu disokong oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip dan disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 6(1) dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 6(3) saya mohon mencadangkan agar Senator Datuk Paul Igai mempengerusikan majlis mesyuarat Dewan Negara semasa ketidakhadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada sesi ini," kata Nanta.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan usul tersebut sebelum sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara di sini hari ini.
-- BERNAMA
#Dewan Negara #Timbalan Yang DiPertua #Paul Igai #Mohamad Ali Mohamad