Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata beliau rela menggadaikan nyawa, kerjaya dan reputasinya untuk melindungi institusi-institusi paling penting negara.
Dalam ucapannya di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Jumaat di sini, Low berkata beliau tidak akan membenarkan monopoli politik dan ekonomi dikuasai oleh kumpulan elit tertentu.
"Malaysia ... kita memang tidak sempurna , tetapi saya percaya kita mempunyai asas yang kukuh bagi membantu Malaysia meneruskan dan berkembang ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi. Institusi perlu check and balance untuk menjadi kuat, " kata Low.
Antara portfolio Low ketika ini meliputi bidang integriti, ketelusan, tadbir urus dan juga hak asasi manusia.
Low menyenaraikan lima institusi berbeza yang beliau berjanji untuk melindungi serta menggesa rakyat Malaysia untuk menyertai beliau dalam perjuangan itu.
"Kita perlu melindungi badan kehakiman dengan kehidupan kita dan pekerjaan kita juga. Jika rakyat tidak mempunyai keyakinan dalam badan kehakiman, kita tidak mempunyai kedaulatan undang-undang. Kita perlu melindungi institusi Peguam Negara, kita perlu melindungi institusi Audit Negara, polis dan akhir sekali , kita perlu melindungi SPRM, " katanya.
"Setelah berada dalam kerajaan selama lapan hingga sembilan bulan ... saya bersyukur kepada Tuhan saya masih hidup. Saya rela memperjudikan hidup saya, reputasi saya demi melindungi institusi-institusi ini."
Low berkata dalam perang terhadap rasuah, pemimpin ada kalanya akan diminta untuk melakukan sesuatu yang akan menutup kesalahan .
"Jika kita ikut arahan mereka ... ia samalah dengan ketidakadilan. Perjuangan menentang rasuah perlu bergantung kepada kualiti pemimpin. Kita perlu mengatasi kumpulan yang mementingkan kepentingan sendiri dan mengeksploitasi sumber-sumber di negara ini. "
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai sikap polis yang didakwa berpihak dalam menangani beberapa ancaman terhadap pemimpin DAP Teresa Kok , Low berkata: "Institusi-institusi mesti mendukung kedaulatan undang-undang."
Teoh El Sen
Sat Feb 08 2014
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapor pada SPRM, jangan adu di media sosial
SPRM seru orang ramai untuk tampil dengan bukti yang berkualiti dan bukan dengan membuat tuduhan tanpa bukti yang berasas di media sosial.
Kes rasuah RM16 juta, pengerusi koperasi didakwa esok
Seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok membabitkan rasuah lebih RM16 juta.
Pegawai SPRM dituduh terima rasuah, sebagai dorongan tidak ambil tindakan
Shahrul Izuan Mohd. Zain, 41, dan Teoh Peng Sin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan-pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan hakim.
Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Kata Guan Eng, atas faktor keselamatan, kerajaan perlu memberi projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu.
Bukan hanya tangkap, tapi pendakwaan yang efektif - Latheefa
Latheefa Koya komited untuk memastikan bahawa agensi itu bukan sahaja mampu membuat tangkapan, tetapi juga melakukan pendakwaan yang efektif.
Kredibiliti Latheefa antara dipersoal Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu mengakui berpuas hati dengan proses serta soalan yang ditujukan kepadanya oleh jawatankuasa itu hari ini.
Women for zero corruption
If Latheefa Koya's appointment as the new MACC chief goes unchallenged, Malaysia will see the first woman leading the war against corruption.
SPRM sedang siasat dakwaan kementerian dikawal 'anak menteri' - Tun Mahathir
'Anak menteri' itu turut dikatakan terlibat dalam menentukan proses pemberian tender kepada syarikat yang berkaitan.
Bekas Gabenor Bank Negara disoal siasat SPRM
Akhbar The Star melaporkan bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim sedang disiasat oleh SPRM berkenaan dengan pembelian tanah berharga RM 2 bil, berkait dengan 1MDB.