PBB sahkan Malaysia tarik diri daripada Statut Rom

Afiq Ariffin
Mei 16, 2019 02:12 MYT
PBB menerusi kenyataan terbaharu mengesahkan penarikan kerajaan Malaysia daripada Statut Rom. -foto Facebook @MOFAMalaysia
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan kerajaan Malaysia telah secara rasmi menarik diri daripada Statut Rom berkuat kuasa 29 April 2019 lalu.
PBB mengesahkan menerima notifikasi itu menerusi Kementerian Luar Negeri.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi kenyataan terbaharu mengesahkan penarikan diri kerajaan Malaysia daripada Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019.
"Ia selepas PBB mengesahkan menerima notifikasi itu menerusi Kementerian Luar Negeri."
Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Twitter rasmi Wisma Putra pada pagi Khamis.

Confirmation from the UN on Malaysia's withdrawal from the Instrument of Accession to the Rome Statute - International Criminal Court. Pengesahan PBB mengenai penarikan diri Malaysia dari Statut Rome - Mahkamah Jenayah Antarabangsa. https://t.co/5QkGDWGbFw pic.twitter.com/Xtja69q42m

— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) May 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri Malaysia berbunyi seperti berikut: ‘… Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019.
“Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta.
“Meskipun demikian, Malaysia tetap komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili para pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang; dan jenayah pencerobohan.
“Ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan baru untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban,” kata kenyataan PBB yang menyatakan notis penarikan balik Malaysia daripada Statut Rom.
Penarikan diri itu dibuat pada 5 April selepas perkara tersebut mendapat bantahan daripada orang awam dan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
#antarabangsa #jenayah #Kementerian Luar #mahkamah #Majlis Raja-Raja Melayu #Menteri Luar Negeri Malaysia #PBB #Statut Rom #undang-undang #Wisma Putra