KUALA LUMPUR: Kaedah pembelajaran baharu menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilihat lebih inklusif dan menyeluruh dalam menilai potensi sebenar pelajar di peringkat sekolah untuk membina generasi baharu yang hebat.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Kokurikulum) Datuk Pkharuddin Ghazali berkata penilaian menerusi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) mampu memberi indikasi tepat bagi pencapaian dan kelemahan pelajar.
Beliau berkata pentaksiran berdasarkan tiga komponen itu melalui proses pembelajaran secara berterusan (formatif) dan peperiksaan akhir tahun membolehkan guru serta ibu bapa mengambil langkah intervensi bagi memperkasa pencapaian pelajar.
"Guru-Guru akan memberi ulasan dan penilaian berdasarkan pencapaian dan usaha anak murid itu dalam sesuatu mata pelajaran. Ia akan dihimpunkan oleh guru kelas menjadi satu bentuk laporan penilaian kepada guru dan ibu bapa. Sama juga dengan PAJSK, dari segi penglibatan sukan, kokurikulum, pertandingan, semua itu akan dinilai dan diberi gred.
"Setiap murid akan ada laporan penilaian bersifat tulen. Jadi, ibu bapa akan tahu anaknya menguasai mata pelajaran apa, kemahirannya dan apa perlu ditambah, sama juga kepada pendidik murid itu di peringkat seterusnya," katanya ketika mengulas topik Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tahun 2022 dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Baru-Baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengumumkan ujian PT3 yang diperkenal pada 2014 dimansuhkan mulai tahun ini. PT3 sebelum ini tidak dilaksana pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik COVID-19.
BACA: PT3 dimansuhkan mulai tahun ini - Radzi Jidin
Pkharuddin berkata usaha itu juga mampu memantapkan sistem pendidikan negara ke tahap lebih berkualiti dengan adanya standard baharu menerusi pelaksanaan Bank Soalan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan menghimpunkan soalan berkualiti daripada guru di seluruh negara.
Mengulas persediaan KPM mendepani perubahan baharu itu dalam sistem pendidikan, beliau berkata panduan pentaksiran untuk guru dan kesiapsiagaan di peringkat struktur sudah dilaksana.
"Dari segi struktur, kita sudah ada pegawai kokurikulumnya, mereka akan bantu guru-guru tafsir. Kita ada pelatih untuk beri bimbingan kepada guru-guru. Panduan dan dokumen juga kita sudah ada. Benar, mungkin ada cabaran tetapi saya yakin guru-guru kita mempunyai keupayaan yang tinggi.
"Guru-Guru kita boleh dilatih dan diberi kemahiran baharu dan saya yakin mereka akan menjaga integriti untuk tafsir. Apabila kita sudah lihat penilaian formatif dan sumatif itu, ketika itu saya yakin ibu bapa akan sedar akan sistem dan pelaporan yang baharu ini adalah jauh lebih berkualiti," katanya.
Beliau juga berkata PBS bukan sahaja mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar dengan pendekatan bersifat eksplorasi malah berpotensi melahirkan generasi berkeyakinan tinggi.
Pkharuddin berkata sistem pendidikan di negara maju seperti Finland, Jepun, Australia dan New Zealand juga telah memfokus kepada pembentukan sahsiah murid dari peringkat awal, pembelajaran melalui eksplorasi, inkuiri dan berasaskan projek bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif serta inovatif.
Pada April tahun lepas, Radzi telah mengumumkan pemansuhan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021 sekali gus memberi tumpuan terhadap pemerkasaan PBS manakala kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya mulai 2022 adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Penilaian menerusi tiga komponen itu mampu memberi indikasi tepat bagi pencapaian dan kelemahan pelajar. - Gambar hiasan
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
PBS lebih inklusif, menyeluruh dalam menilai pencapaian pelajar
Penilaian menerusi tiga komponen itu mampu memberi indikasi tepat bagi pencapaian dan kelemahan pelajar.