awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah

Bernama
Bernama
15/01/2023
13:40 MYT
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri telah menyatakan bahawa rang undang-undang itu adalah dalam agenda seterusnya persidangan DUN. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri telah menyatakan bahawa rang undang-undang itu adalah dalam agenda seterusnya persidangan DUN.
"Kami (tujuh ADUN PBS) akan sokong. Kelulusan undang-undang anti lompat parti adalah kemenangan bagi PBS, apa jua yang mengukuhkan kesucian serta kesetiaan ADUN kepada parti dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melakukan jelajah mesra sempena Tahun Baharu Cina di Gaya Street, di sini hari ini.
Semalam, Datuk Ewon Benedick yang secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), telah mencadangkan rang undang-undang anti lompat parti itu dibentangkan pada persidangan DUN, Mac ini.
ADUN Kadamaian itu berkata beliau telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada Hajiji dan kerajaan negeri kerana disifatkan penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
Sementara itu, Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang ditemui selepas jelajah mesra itu berkata tujuh ADUN dari PH juga akan menyokong rang undang-undang berkenaan.
"Apa jua keputusan kepimpinan parti, saya pasti Ketua Menteri (Hajiji) tahu apa yang perlu dilakukan. Jika kerajaan memulakannya (membentangkan rang undang-undang itu), kita akan sokong. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Antilompat parti
#DUN Sabah
#Maximus Ongkili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan