MALAYSIA
PBT diarah segera urus saliran berisiko punca banjir di Selangor
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah segera menyelenggara mana-mana saliran yang berisiko menjadi punca banjir kilat di negeri ini, kata Exco Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah segera menyelenggara mana-mana saliran yang berisiko menjadi punca banjir kilat di negeri ini, kata Exco Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi.
Mohd Najwan yang juga Exco Pengurusan Bencana berkata arahan itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan kejadian banjir membabitkan kawasan bukan hot spot seperti di Ulu Bernam, Hulu Selangor baru-baru ini yang menjejaskan banyak keluarga daripada berulang.
"Berdasarkan kejadian terkini, semua PBT telah diarahkan untuk melakukan tindakan segera menguruskan saliran yang perlu diberikan perhatian terutamanya di kawasan-kawasan berisiko dinaiki air atau banjir kilat ketika musim hujan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media penganjuran SUKMA 2026 di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan diambil kerajaan negeri susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan dua hari lepas yang menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisik dan Dewan Orang Ramai Ulu Bernam bagi menempatkan 43 keluarga membabitkan lebih lima kampung.
Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata beliau bersama pihak pengurusan bencana telah selesai melawat sembilan daerah di seluruh Selangor minggu lepas dan bertemu pemimpin komuniti serta ketua kampung yang terlibat dalam latihan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM).
Beliau berkata menerusi latihan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mereka yang terlibat didedahkan berkaitan konsep, jenis, kategori bencana dan profil bencana alam di Malaysia.
Katanya pemimpin komuniti dan ketua kampung juga menerima maklumat mengenai perincian mekanisme pengurusan bencana termasuk proses diguna pakai yang fokus terhadap hala tuju ke arah komuniti berdaya tahan.
"Sekiranya berlaku apa-apa bencana, mereka yang dilatih sudah ada persiapan untuk digerakkan kerana mereka sudah ada asas sementara bantuan daripada pihak berkuasa sampai ke tempat mereka," katanya.
-- BERNAMA