Agensi berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperkenalkan dasar mengawal keselamatan orang ramai ketika makan di jalan-jalan awam.
Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata mereka perlu melihat tragedi baru-baru ini yang mana seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) merempuh pelanggan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan dengan serius, kerana kejadian itu menimbulkan isu keselamatan apabila meletakkan meja di tepi jalan untuk pelanggan.
"Ini terbukti berbahaya dan boleh mengundang bencana. Kejadian sama pernah berlaku pada Jun 2003 di Seksyen 14, Petaling Jaya apabila sebuah kereta merempuh pelanggan yang duduk di luar restoran mamak 24 jam.
"Dilaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan pada masa itu mengisytiharkan bahawa semua kedai makan dan restoran termasuk gerai mamak perlu berhenti meletakkan meja, kerusi atau bangku di luar premis mereka.
"Namun, disebabkan penguatkuasaan yang lemah, masih banyak kedai makan yang meletakkan kerusi dan meja di luar premis mereka termasuk di laluan pejalan kaki rumah kedai yang menyusahkan orang ramai terutamanya mereka yang kurang upaya. Ia kelihatan seperti arahan sedemikian tidak pernah dikeluarkan dan dikuatkuasakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Pemandu rempuh pelanggan restoran berjaya ditahan
Beliau berkata memandangkan ia bukan tragedi pertama, pihak berkuasa perlu melihat kepada keselamatan orang awam dan pada masa sama mengambil tindakan tegas terhadap pemanduan yang menyebabkan kematian.
"Pengguna jalan raya perlu sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan orang lain. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja dan ini boleh dicegah sekiranya keselamatan menjadi aspek penting dalam minda setiap orang," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.15 malam Ahad lepas, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan 4WD merempuh pelanggan yang duduk di tempat terbuka sebuah restoran di Taman Equine. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 20 2018
Pengusaha makanan terus menjadikan parkir sebagai kawasan meletak kerusi dan meja makan ketika tinjauan fotoBernama di sekitar ibu kota, malam semalam. - BERNAMA
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.
Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar
Kewujudan badan bebas berkenaan berkait dengan isu keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian kepada setiap aduan yang dibuat mereka.
'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Pembentukan kerajaan baharu perlu berteras Rukun Negara - Lee Lam Thye
Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
PM disaran pegang portfolio Menteri Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar memegang portfolio Menteri Perpaduan bagi memperkasakan masyarakat di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
PRU15: Wakil rakyat perlu bersedia khidmat sepenuh masa - Lee Lam Thye
Parti politik juga tidak boleh lepas tangan dan harus mengambil tanggungjawab terhadap prestasi wakil mereka.