Sebahagian besar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih belum menggunakan sistem Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KPBDBP) bagi merujuk penggunaan bahasa Melayu yang tepat di papan iklan.
Justeru, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya kesal kerana masih ada yang tidak memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengiklanan.
"Saya berharap lebih banyak PBT akan menerima pakai penggunaan sistem ini untuk memastikan pematuhan bahasa yang berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa persetujuan dicapai pada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-67 pada 4 Mac lepas supaya semua negeri di Semenanjung Malaysia membabitkan 99 PBT sepatutnya melaksana secara berperingkat sistem KPBDBP dalam iklan di tempat awam.
Bagi Sabah dan Sarawak, semua 50 PBT di kedua-dua negeri itu mempunyai pilihan untuk menerima pakai pelaksanaan sistem berkenaan.
Ia antara lain mewajibkan PBT memeriksa penggunaan bahasa dalam iklan menerusi internet, tanpa membabitkan kos tambahan kepada PBT dan syarikat pengiklan.
Beliau berkata antara PBT yang telah mewajibkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan penamaan oleh DBP termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Johor Baharu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Bernama
Thu Oct 16 2014
ABDUL RAHMAN: PBT perlu rujuk sistem DBP pada papan iklan - Gambar fail
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.
Perkhidmatan pengangkutan awam dikaji semula - Anthony Loke
MoT akan mengkaji semula aspek perkhidmatan dan penyediaan sistem pengangkutan awam di seluruh negara bagi mengatasi kelemahan dan melakukan penambahbaikan demi kesejahteraan rakyat.
'Duri dalam daging' suka perlekeh perkhidmatan awam - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan golongan yang sentiasa merendah dan memperlekeh perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sebagai 'duri dalam daging'.
Bersih 4 di Kuching tamat awal kerana bimbang keselamatan awam - Penganjur
Beliau mendakwa ramai peserta mahu hadir pada hari kedua perhimpunan itu, dan banyak mesej berbentuk kekecewaan dipaparkan dalam media sosial apabila perhimpunan dihentikan tiba-tiba.
Agensi perkhidmatan awam perlu tekankan pembangunan inovasi sosial - KSN
Tan Sri Dr Ali Hamsa meminta agensi-agensi perkhidmatan awam di negara ini supaya terus memberi penekanan kepada aspek pembangunan inovasi sosial melalui makmal dan unit inovasi.
PBT perlu rujuk sistem DBP pada papan iklan - Abdul Rahman
Sabahagian besar PBT masih belum menggunakan sistem DBP bagi merujuk penggunaan bahasa Melayu yang tepat di papan iklan.
BAJET 2015: Pemuda MIC harap beberapa cukai dikurangkan
Kerajaan diharap dapat mengumumkan pengurangan beberapa jenis cukai persendirian selain cukai kenderaan dan cukai jalan dalam pembentangan Bajet 2015 esok.
BAJET 2015: Penjawat awam mungkin terima penambahbaikan - KSN
Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Kuasai bahasa Inggeris untuk dapat ilmu lebih cepat - Tun M
Rakyat disaran menguasa bahasa Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan dengan lebih cepat agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan terkini.