awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdP bersemuka bermula Mac, April ini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/02/2021
09:22 MYT
PdP bersemuka bermula Mac, April ini
Datuk Radzi Jidin berkata ia bagi membolehkan murid-murid pra sekolah, darjah satu dan dua dapat membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Murid sekolah rendah bagi darjah satu dan dua serta pra sekolah bakal memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bermula 1 Mac ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memaklumkan, sesi persekolahan bagi murid darjah tiga, empat, lima dan enam pula akan bermula pada 8 Mac.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia bagi membolehkan murid-murid pra sekolah, darjah satu dan dua dapat membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.
"Ini akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membiasakan SOP baharu di sekolah.
"Guru-guru bersama ibu bapa juga boleh berbincang terutama melibatkan penyuraian anak-anak pada akhir sesi persekolahan," katanya pada sidang media pada Jumaat.
[SIDANG MEDIA] Pembukaan sekolah bawah Kementerian Pendidikan
Sementara itu, beliau turut memaklumkan sesi pembelajaran bagi pelajar sekolah menengah akan bermula pada 4 April melibatkan negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah sementara pelajar negeri lain akan bermula pada 5 April.
Ujarnya, PdP bersemuka bagi sekolah menengah dilewatkan bagi memberi laluan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal berakhir pada penghujung Mac ini.
"Memandangkan keperluan logistik di sekolah cukup banyak digunakan sewaktu SPM, sekiranya kita bawa balik mana-mana tingkatan di sekolah, ia akan memberi kesan kepada ruang-ruang yang perlu kita sediakan bagi tujuan peperiksaan.
"Oleh yang demikian, KPM ambil keputusan supaya semua pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan yang bermula 27 Mac hingga 4 April," katanya.
Tambah beliau lagi, tarikh pembukaan sekolah itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Topic Berkaitan
#pendidikan
#pelajar
#sekolah
#PdP bersemuka
#pengajaran dan pembelajaran
#tarikh buka sekolah
#Radzi Jidin
#Menteri Kanan Pendidikan
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan