awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR dalam talian: Ibu bapa Orang Asli bimbang anak keciciran

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/01/2021
00:48 MYT
PdPR dalam talian: Ibu bapa Orang Asli bimbang anak keciciran
Ketidakstabilan internet membuatkan ia sukar untuk pelajar mengikuti kelas dalam talian. - Gambar hiasan
GUA MUSANG:Masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan bimbang anak mereka akan ketinggalan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disebabkan liputan internet yang lemah dan masalah ketiadaan peranti seperti telefon pintar dan komputer riba.
Turut menyumbang keciciran pelajar dan murid Orang Asli ialah tiada pengetahuan dalam kalangan ibu bapa sendiri dengan aktiviti maya.
Walaupun orang di bandar gembira dengan kaedah PdPR, tetapi bagi sebahagian besar Orang Asli, mereka tidak dapat merasai situasi itu.
Menurut seorang kakitangan kerajaan, Isa Alang, ketidakstabilan internet membuatkan ia sukar untuk pelajar mengikuti kelas dalam talian.
“Talian internet di sini ada masanya laju, ada masanya tidak. Itu yang menjadikan ia sukar anak-anak ini belajar,” jelasnya.
Petani Rashid Akod pula, menggesa pihak berkaitan untuk memastikan liputan internet di kawasannya stabil.
“Di kawasan ini liputan internet sangat lemah. Kalau nak, mereka terpaksa pergi ke atas bukit berdekatan.
“Kami berharap pihak bertanggungjawab atasi masalah di kampung ini kerana ia akan membantutkan proses pembelajaran kanak-kanak di sini,” katanya.
Lebih 5,000 penduduk Orang Asli mendiami 30 kampung di Tanah Tinggi Lojing.
Manakala, kira-kira 800 anak Orang Asli di kawasan itu masih bersekolah di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Topic Berkaitan
#PdPR
#dalam talian
#pembelajaran
#Orang Asli
#Internet
#Gua Musang
#telefon pintar
#Komputer Riba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan