awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa 6.4 magnitud landa semenanjung Kamchatka, Rusia
Malaysia kecam serangan terbaru Israel di Gaza, nyatakan pencabulan gencatan senjata
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Guna peruntukan tabung SKMM untuk pakej komputer, internet - Najib

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2021
05:08 MYT
PdPR: Guna peruntukan tabung SKMM untuk pakej komputer, internet - Najib
Najib berkata, kos bagi 2 juta komputer bersama pakej internet setahun dianggarkan sebanyak RM2 bilion. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Peruntukan dari tabung Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi dua juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik COVID-19.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kos bagi 2 juta komputer bersama pakej internet setahun dianggarkan sebanyak RM2 bilion.
"Cara ini juga yang pernah digunakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu untuk memberi sekitar 1.7 juta netbook 1Malaysia semasa saya PM.
"Dana juga dari tabung SKMM. Cara ini jauh lebih adil, lebih memanfaatkan dan lebih menyeluruh berbanding rancangan kerajaan PN sekarang untuk memaksa tabung simpanan rakyat seperti KWSP dan PNB menyumbang dana kepada skim pemberian 150,000 komputer bernilai RM150 juta.
Sumber Facebook najibrazak
"Yang perlu komputer sekarang, berjuta-juta murid sekolah. Yang diberi komputer pula, cuma 150,000? Dana dari tabung simpanan rakyat sendiri pulak!" katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Rabu.
Tabung SKMM tersebut diwujudkan kerajaan BN dahulu di mana semua telco besar dalam negara akan menyumbang sekitar RM2 bilion setiap tahun kepada tabung tersebut.
Kata Najib, BN telah meninggalkan RM8 bilion dalam tabung semasa PRU14.
Dalam pada itu kata Najib, kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh pertimbangkan untuk menjual spektrum 5G secara open tender seperti dibuat negara-negara lain untuk memulihkan tabung SKMM tersebut untuk membiayai kos projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi tahun 2022.
"Kerajaan BN semasa saya PM juga memerlukan lapan syarikat telco tempatan membayar berbilion-bilion untuk mendapat spektrum dan lesen 4G.
"Kerajaan PN tidak boleh sekali lagi memberi spektrum dan lesen 5G secara senyap-senyap tanpa tender dan terpaksa u-turn apabila pemberian itu terbongkar dalam media seperti apa yang berlaku tahun lepas," tegasnya.
Tambah Najib, tender terbuka bagi spektrum 5G Malaysia kali ini adalah satu keperluan kerana kekuatan kewangan kerajaan dan Petronas sudah terjejas akibat tempoh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang menambah hutang negara pada kadar paling laju berbanding BN.
Ujarnya, PH juga mengambil rizab RM176 bilion Petronas ditinggal kerajaan BN.
Jelas Najib, syarikat-syarikat telco juga tidak akan membantah kerana mereka berpeluang menaikkan pendapatan dengan tambahan dua juta pelanggan pakej internet yang diberi bersama komputer itu kelak.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#KWSP
#PRU14
#SKMM
#COVID-19
#PNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan