awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Ini cerita adik Nabilah

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
16/07/2021
06:27 MYT
PdPR: Ini cerita adik Nabilah
Adik Nabilah terpaksa duduk di bawah payung di hadapan rumah, di tepi jalan demi mendapatkan capaian internet yang ada, kerana di kawasan Bukit Nyamuk tersebut capaian internet begitu lemah dan hampir tiada. - Sumber foto FB Maszlee Malik
DALAM perjalanan pulang dari memberi bantuan kepada penduduk kampung Bukit Nyamuk, saya sempat mengelih kepada sebuah payung besar di tepi jalan di hadapan salah sebuah rumah di dalam kampung tersebut.
Kelihatan seorang adik sedang duduk di bawah naungan payung besar itu bersama sebuah meja dan sebuah kerusi kosong.
Jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari. Matahari yang berada tepat di atas kepala dengan bahang dan cahayanya yang merelit bagaikan tidak diendahkan oleh adik tersebut.
Kami memberhentikan kereta seraya mendekati adik tersebut. Rupanya adik yang memberitahu namanya Nabilah itu sedang mengikuti sesi PdPR meskipun cuaca panas terik.
Dia terpaksa duduk di bawah payung di hadapan rumah, di tepi jalan demi mendapatkan capaian internet yang ada, kerana di kawasan Bukit Nyamuk tersebut capaian internet begitu lemah dan hampir tiada. Menurut adik Nabilah, capaian internet di hadapan rumah itu walaupun lemah namun lebih kuat berbanding capaian internet di dalam rumah.
Mendengar aduan Nabilah, hati saya menjadi sendu, pilu dan pasrah, tetapi kagum dan bangga dengan usaha beliau.
Saya mengambil kesempatan tersebut untuk berbicara dengan gurunya yang sedang rancak mengajar subjek Sains tingkatan dua, Cikgu Izan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Kahang di Johor.
Melalui suara beliau yang bersemangat dan juga bahan bahan yang dipaparkan di skrin, Cikgu Izan pastinya seorang yang berdedikasi dan berjiwa kental.
Saya pasti Cikgu Izan agak terkejut ketika saya menyapa beliau. Maafkan saya Cikgu ...

* Dr Maszlee Malik merupakan bekas Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor. ** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#PdPR
#Simpang Renggam
#Kolumnis AWANI
#Internet
#Facebook
#Parlimen
#guru
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan