awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Masalah Internet di Tenom, menara komunikasi siap dibina April 2022

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/06/2021
01:56 MYT
PdPR: Masalah Internet di Tenom, menara komunikasi siap dibina April 2022
MCMC berkata pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkatkan liputan capaian internet di kawasan yang dimaksudkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelbagai langkah kini giat diambil bagi menangani masalah capaian internet yang dihadapi penduduk di Pekan Tenom, Sabah.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, sebuah menara komunikasi sedang dalam proses pembinaan di Kampung Bamban dan dijangka siap pada bulan April 2022.
"Sebuah lagi menara komunikasi baharu akan dibina berdekatan dengan Kampung Batu 14 di bawah inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pembinaan akan bermula pada awal tahun 2022.
"Pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkatkan liputan capaian internet di kawasan yang dimaksudkan selain membolehkan para penduduk menjalankan aktiviti seharian mereka dengan lancar," katanya.
Terdahulu, Bernama melaporkan beberapa guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Pekan Tenom, Sabah terpaksa memandu sejauh 40 kilometer ke kawasan kampung anak muridnya di Kampung Bamban dan Kampung Batu 14.
Situasi itu bagi membolehkan penghantaran bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disebabkan masalah capaian Internet lemah.
Topic Berkaitan
#MCMC
#sekolah
#guru
#Internet
#pengajaran dan pembelajaran
#Tenom
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan