awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Saya cuba adaptasi walaupun mulanya rasa janggal dan kelakar - Sir Uzairi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
23/01/2021
04:42 MYT
PdPR: Saya cuba adaptasi walaupun mulanya rasa janggal dan kelakar - Sir Uzairi
Sir Uzairi berkata, ketika ini ada sebilangan guru yang mengambil pendekatan santai sepertinya untuk memastikan tumpuan pelajar terjamin semasa PdPR. Foto: Instagram/@uzairitaib
KUALA LUMPUR :Guru yang cukup sinonim dengan gaya santai semasa mengajar, Uzairi Taib, mengakui berdepan kesukaran mengajar secara dalam talian pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tahun lepas.
Namun, beliau yang mesra dengan panggilan Sir Uzairi di kalangan anak muridnya, mengatasi cabaran itu dengan mengadaptasi norma baharu dan membuang rasa takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza demi kepentingan bersama guru, pelajar dan ibu bapa.
“Saya sendiri semasa baru bermula pembelajaran dalam talian, adalah antara guru yang tidak okey dengan cara tersebut.
"Saya tak suka pengajaran dalam talian kerana saya lebih selesa bersemuka dan saya percaya ramai guru berpendapat yang sama.
“Jadi, ketika rakan-rakan lain sudah mula mengajar menggunakan video, saya pula janggal melakukannya. Pada awal PKP, saya cuba lari, tidak mahu buat video, tidak mahu masuk zoom dan sebagainya.
“Tetapi, apabila saya sedar ia adalah untuk membantu guru-guru lain dan murid-murid, saya adaptasi terhadap perkara itu dan cuba mengajar dalam talian.
"Walaupun pertama kali melakukannya agak kelakar dan janggal, saya tetap teruskan, kerana bagi saya, itu adalah kunci kepada PdPR,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama AWANI Pagi yang membincangkan isu kekangan PdPR, peranti dan menguruskan pelajar.
Tutor Matematik itu juga menjelaskan, ketika ini ada sebilangan guru yang mengambil pendekatan santai sepertinya dalam memastikan tumpuan pelajar terjamin semasa PdPR.
Beliau pada masa sama turut menggesa agar semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memastikan sesi PdPR berjalan dengan lancar.
Tonton temu bual penuh bersama Uzairi Taib, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan aktivis pelajar, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal dalam AWANI Pagi di bawah;
Topic Berkaitan
#guru
#mengajar
#PdPR
#ibu bapa
#murid
#pelajar
#Uzairi Taib
#pengajaran dan pembelajaran
#pendidikan
#Maszlee Malik
#video
#pendekatan santai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan