awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: UKM tawar kolaborasi dengan PPD, sekolah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2021
07:31 MYT
PdPR: UKM tawar kolaborasi dengan PPD, sekolah
UKM menawarkan kolaborasi dengan mana-mana PPD atau sekolah bagi bersama-sama membangunkan bahan PdPR. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan kerjasama dengan mana-mana Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah bagi bersama-sama membangunkan bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Dekannya, Prof Datuk Dr Norazah Mohd Nordin berkata, melalui kolaborasi itu, para pendidik diharap dapat berkongsi kemahiran kepakaran masing-masing.
"Sebagai sebuah institusi untuk pendidikan, sekiranya mana-mana sekolah atau PPD yang ingin menggunakan kepakaran, kita boleh berkolaborasi," katanya dalam siri webinar Fakulti Pendidikan UKM di sini, pada Sabtu.
Norazah menjelaskan, seorang tenaga pendidik itu tidak perlu pakar dalam teknologi, sebaliknya cukup sekadar mempunyai minat untuk membangunkan bahan pengajaran.
"Kita kumpulkan mereka untuk kita gunakan kemahiran atau kelebihan yang ada pada cikgu-cikgu itu untuk membangunkan bahan pengajaran untuk dimuatnaikkan dalam platform yang bersesuaian," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyarankan para guru untuk membuat analisis awal bagi mengenal pasti demografi pelajar sebelum mengendalikan PdPR.
Katanya, ia dapat membantu mereka untuk mengelak berlakunya keciciran dalam kalangan pelajar.
"Guru perlu berkolaborasi dengan guru-guru lain untuk membuat analisis awal untuk mengkaji demografi pelajar bagi mengetahui latar belakang mereka.
"Kita kena tengok keadah PdPR mana yang bersesuaian dengan setiap individu kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan keupayaan yang berlainan," jelasnya.
Pada masa yang sama Norazah turut meminta para guru supaya menguasai kemahiran teknologi ketika mengendalikan PdPR yang merupakan sebahagian daripada kerangka pendidikan 4.0.
"Mereka (guru) tidak boleh mengambil langkah mudah dengan hanya memuatnaikkan video dan mengharapkan pelajar untuk memahami kandungan tersebut.
"Guru perlu lebih kreatif dengan aktiviti yang dilakukan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PdPR
#sekolah
#pelajar
#UKM
#fakulti pendidikan
#kolabrasi
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#Dr Norazah Mohd Nordin
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#PPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan