awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM akan bertindak jika ada campur tangan asing PRU13

Bernama
Bernama
10/02/2013
14:40 MYT
PDRM akan bertindak jika ada campur tangan asing PRU13
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.
"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.
Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.
Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU-13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.
Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU-13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang yang digariskan.
Beliau berkata polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Salleh Mat Rasid
#Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan